KHAS - Masalah Kelemumur

KHAS - Masalah Kelemumur

 

KELEMUMUR. Menyebut namanya saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut. Apatah lagi kalau melihatnya gugur, jatuh di bahu. Memburukkan keadaan apabila si empunya ketika itu mengenakan baju berwarna gelap.

Kesan daripada kelemumur teruk
Kesan daripada kelemumur teruk


Betapa kacak atau jelita seseorang, tetapi kalau begitu keadaannya, tentunya rosak penampilannya lantaran kelemumur dikaitkan dengan pengurusan diri.

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Di Malaysia, pengidap kelemumur dianggarkan seramai 4.3 juta orang sementara di United Kingdom 11 juta, membuktikan ia masalah sering dihidapi.

Kepingan kelemumur bagaikan sajli

Ia sebetulnya bagaikan ‘benda hidup’ yang boleh bertambah tebal, berkuping-kuping di kepala jika tidak dirawat sedari awal.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi Dr Steven Chow Kim Weng, berkata keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.





Malassezia globosa..

Contoh kepingan kelemumur



Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-
  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah
Ia kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul yang dirembeskan dan keadaan itu menyebabkan iritasi atau kegatalan pada kulit kepala. Ia adalah punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadilah kelemumur yang bagaikan kepingan salji jatuh ke bumi itu.


“Keadaan cuaca seperti iklim tropika sepanjang tahun di negara ini, menyebabkan individu terdedah kepada cuaca panas, habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala. Ramai penduduk Malaysia mengalami masalah kelemumur tetapi tidak dihebahkan. Ada sesetengah individu yang mempunyai tabiat suka menggaru kepala disebabkan iritasi kelemumur.

“Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan. Namun, ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah,”



Kelemumur melekat di kulit kepala
Kajian klinikal menunjukkan, rambut yang berhadapan masalah kelemumur ‘sakit’ apabila rambut sekitar kawasan dihinggapi, tidak begitu berkilat atau anjal, iaitu keadaan menunjukkan tanda bahawa kualiti rambut merosot, selain strukturnya yang semakin lemah.

“Rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur, baik bagi lelaki mahu pun wanita. Kehadirannya menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru hinggalah masa tidur boleh terganggu akibat kegatalan,” katanya yang turut mengakui ia menjadi punca individu berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur.

Kulit kepala rosak
 Sebetulnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan saja terdapat pada bahagian kulit kepala, dengan keadaan seperti serbuk putih, tetapi dalam kes yang teruk, ada jenis berkuping dan merebak hingga ke bahagian lain termasuk kening, hidung, dahi dan bahagian belakang telinga.


Kelemumur kuning (Yellow Dandruff)
Disebabkan kelemumur tidak akan hilang dan akan kembali menyerang, perlu bagi individu menjaga kebersihan rambut dan menggunakan syampu rumusan antikelemumur yang diperkaya dengan bahan antikulat, untuk mencegahnya kembali berulang.


Kepingan kelemumur berada di sekitar telinga
Banyak mitos berhubung kelemumur, termasuk lelaki lebih ramai mengidap kelemumur dan menggunakan perapi boleh menyebabkan timbul kelemumur. Jelas Kim Weng, masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan diri yang baik, termasuk mencuci rambut menggunakan syampu rumusan antikelemumur selain berjumpa doktor jika masalah berkenaan semakin teruk.

Sementara itu, saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.

Saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono
“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien,” katanya.



SAYA NAK KONGSI ANTARA JALAN PENYELESAIAN MASALAH KELEMUMUR ANDA YANG DAH LAMA ANDA HADAPINYA 

GUNA KRIM PERAWAT KELEMUMUR


Nama produk : 
EMM ANTI DANDRUFF FORMULA

Ramuan produk :
ketoconazole 10 mg beclomethasone 0.5 per gram Mg. gliserin, dan parafin cecair cahaya, karbon semulajadi 10 Natrium anhydrous VI - octadecanol, sulfit, azone, tetra ethylenediamine-asetik asid Dinatrium.

Penyimpanan :  
teduhan, dikurung, pada suhu bilik (10 ~ 30 )
 
  • Produk adalah kelas ubat bukan preskripsi dadah dermatologi.  
  • Boleh juga digunakan untuk kurap badan, tangan, kaki makan air, gatal  
  • Tidak boleh digunakan untuk wanita hamil dan menyusu   
  • Penggunaan untuk kanak-kanak mestilah di bawah pengawasan orang dewasa 
  • Piawaian dadah kebangsaan WS1-XG-005-2001 
  KRIM DARIPADA NEGARA CINA TELAH MEMBANTU RAMAI ORANG YANG MENGHADAPI MASALAH KELEMUMUR DENGAN TEMPOH PALING CEPAT 2 HARI SAHAJA ..........DAH DAPAT TENGOK KESANNYA. 

KRIM INI BERHARGA RM20.00 TAPI DENGAN PROMOSI HANYA RM15.00 SAHAJA (BERPATUTAN) DAPAT MENGATASI MASALAH KELEMUMUR DENGAN CEPAT, IN SHAA ALLAH....

SAYA SENDIRI TELAH MENGGUNAKAN DALAM TEMPOH 2 HARI SAHAJA DAN KELEMUMUR SAYA DAH TIADA LAGI (100%, BERGANTUNG KEPADA TAHAP KESERIUSAN MASALAH DANDRUF ANDA) 

CARA GUNA : 
SENANG JE, 
  1. SAPUNYA PADA KULIT KEPALA, 
  2. BIARKAN SELAMA 3 JAM KE ATAS (LEBIH LAMA MAKIN AFDAL), 
  3. KEMUDIAN BILAS DENGAN AIR. 
  4. INSHA ALLAH KELEMUMUR TIADA LAGI
SENANG JE KAN ....... SELAMAT MENCUBA 
 DENGAN RM15.00 SAHAJA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

BERTINDAK SEKARANG, ACT NOW.......!!!!!



P/S : NAK ORDER, BOLEH HUBUNGI SAYA YE : 
 
CALL/SMS  : 013-9911292
EMAIL : keripoly@gmail.com

No comments:

Post a Comment