Habbatus sauda, khazanah luar biasa
Minyak habatus sauda 100% semulajadi dan asli, tida bahan campuran,
bukan dalam bentuk gel atau serbuk, halal dan di import dari yaman.
Warm Welcome
Assalamualaikum WBT,
Saya sebagai admin ucapkan selamat datang ke laman informasi
tentang Habatus Sauda, ubat segala penyakit. Kita ikhtiar dengan sunnah
Rasullulah (SAW), in shaa Allah penyembuhnya adalah Allah.
Blog ini bukan
bertujuan untuk menjual sahaja, tapi untuk memberi pendedahan demi pendedahan maklumat
kepada anda tentang kehabatan khazanah yang dikurniakan oleh Illahi kepada
manusia iaitu Habatussauda atau Jintan Hitam atau banyak lagi nama yang
digunakan untuk panggilan bagi sejenis tumbuhan yang luar biasa ini.
Monday, 21 January 2013
Kenali Khazanah Habatussauda
HADITH
Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya
terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Koleksi video berkaitan dengan Habatus Sauda
![]() |
Habatus Sauda digunakan sejak 500 tahun lalu |
Habbatus Sauda yang dikenali dengan nama saintifiknya NIGELLA SATIVA telah
digunakan di serata dunia terutamanya di negara Timur Tengah sebagai ubat bagi
pelbagai penyakit. Rujukan sejarah membuktikan bahawa Habbatus Sauda telah
digunakan sebagai herba perubatan sejak lebih 3000 tahun sebelum Masihi.
![]() |
Bunga Habatus Sauda |
Digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000
tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak literatur kuno mengenai ahli
perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980 - 1037 M),
dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al -Baghdadi. Ibnu Sina
adalah penyelidik genius dari Timur Tengah di bidang perubatan yang namanya
tercatat di semua buku sejarah perubatan timur mahupun barat, hidup antara 980
- 1037 M, telah meneliti berbagai manfaat Habbatussauda untuk kesihatan dan
perubatan.
Video perahan pertama Habatus Sauda